Soalan Lazim

Soalan Lazim berkaitan Produk Magical Argan Oil

Tidak sama sekali, kerana minyak argan mempunyai kadar serapan yang tinggi berbanding minyak- minyak yang lain.

Minyak argan yang digunakan dalam bidang kosmetik tidak boleh dimakan. Hanya minyak argan yang telah dihasilkan dari kernel buah argan yang sudah dipanggang sahaja boleh dimakan. Orang Morocco menggunakan minyak argan untuk memanggang roti, kus kus, salad dan sebagai pencicah roti.

Minyak argan asli mempunyai sedikit bau aroma kekacang, menyerap dengan mudah, berwarna kuning keemasan, tidak mengandungi apa-apa bahan tambahan dan mempunyai sijil pengesahan keasliannya.

Ya, minyak argan asli boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Hanya gunakan beberapa titik minyak argan pada tapak tangan dan sapukan pada kulit, kuku dan rambut selepas mandi atau pada waktu malam.

Jangka hayat minyak argan asli ialah 2 tahun. Tetapi anda boleh memanjangkan hayat minyak argan bergantung kepada teknik simpanan yang betul dan pastikan ia jauh dari suhu yang panas seperti cahaya matahari.